Thursday, October 31, 2013

Homestay Pangsapuri Mawarsari AU3 Keramat Kuala Lumpur

Lokasi
Alamat Homestay C13-3 (tingkat 13 blok C) Pangsapuri Mawarsari Jalan 17/56 Ampang Ulu Klang Kuala Lumpur. Berhampiran dengan Jaya Jusco AU2, Giant Setiawangsa bersebelahan dengan lebuhraya DUKE dan MRR2. Untuk ke UIAM lebihkurang 18 minit  melalui LBH DUKE susur Jalan Enggang/Jalan AU3. Kemudahan pengangkutan awam 5minit ke LRT Setiawangsa dengan bus Rapid. Terdapat tempat makan dan kedai dobi disekitar pangsapuri tersebut. Pangsapuri tersebut sesuai untuk percutian atau urusan keluarga di Kuala Lumpur.

Kemudahan dan Kelengkapan
Pangsapuri Mawarsari dengan keluasan 952 kaki persegi dengan 3 biliktidur dan 2 bilik air.
Semua bilik tidur berhawa dingin.
Bilik Utama katil double,
Bilik Kedua 2 katil super single,
Bilik Ketiga katil Double.
Raung tamu berkipas dilengkapi dengan sofa.
Meja makan diruang makan.

Dapur dilengkapi dengan peti ais, mesin basuh, dapur gas dan peralatan memasak serta pinggan mangkuk.

Tambahan 2 toto kekabu 5' dan batal.

Parking berbumbung untuk sebuah kereta dan terdapat parking pelawat.

Kawalan keselamtan 24 jam

Kadar Sewa

RM200.00 semalam 
Untuk tempoh jangka masa yang panjang harga boleh dirunding.

Waktu masuk selepas jam 2.00 petang dan waktu keluar selewatnya jam 12.00 tengahhari

Untuk tempahan sila hubungi Mohd Amin di 019 271 6105 atau email mohdaminn9@gmail.com

Panduan untuk ke Homestay
a) Melalui Lebuhraya Duke dari Gombak susur keluar Jalan Enggang/Jalan AU3 terus kekanan dan masuk kekanan melalui jalan 15/56 dan jalan 17/56.
b) Dari jalan Ampang/Jelatek ambil kanan pada lampu trafik Desa Husin Onn/ Masjid Muadz Jabar terus melalui jalan Setiawangsa hingga kebulatan besar selepas Jusco AEON AU2 terus (jam 12) ke jalan 15/56 (simpang kiri yang pertama selepas bulatan) dan jalan 17/56.
c) Melalui MRR2 susur keluar Keramat AU melalui Jalan Ulu Klang terus AU3 selepas Restoran Ameen Bistro ambil kiri terus kejalan 1/56 dan ambil kanan melalui jalan 15/56 dan jalan 17/56.
6) Pangsapuri Mawar Sari berhampiran Surau Wardah dan Surau Nurul Iman.

Semoga kemudahan yang disediakan akan dapat memuaskan percutian anda sekeluarga.

Gambar ruang makan, ruang tamu, bilik-bilik tidur dan dapur.





  

3 comments:

  1. still available tak on 12-14 jan 2012?

    ReplyDelete
  2. nak tanya homestay ni dekat ke ngan msn keramat n senang tak cari transport...

    ReplyDelete
  3. salam en. amin,

    saya pn. wani dr pulau pinang..saya nk tnya jarak homestay ni ke PULAPOL jalan semarak jauh tak?

    ReplyDelete